FIESTA KREATIF @ KPM 2016 AKAN BERLANSUNG PADA 24 SEPTEMBER 2016 (8.00 Malam ) BERTEMPAT DI MEDAN PASAR, KUALA LUMPUR.

Thursday 8 September 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Fiesta Kreatif Kokurikulum @ KPM

Pada 7 Semptember 2016 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Fiesta Kreatif Kokurikulum @ KPM 2016 bertempat di SK Seri Bonus. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan bidang tugas dan kerja semua Jawatankuasa Teknikal yang terlibat.


Friday 6 May 2016

BENGKEL PENYELARASAN PERSEMBAHAN KREATIF KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH AMALAYSIA

Bengkel Penyelarasan Persembahan Kreatif Kokurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia telah dijalankan selama 3 hari bertempat di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan guru-guru yang terlibat dari semua negeri.
Bengkel ini dilaksanakan untuk menyelaraskan perjalanan program supaya berjalan dengan lebih lancar. Pada bengkel kali ini, semua pihak telah bersetuju untuk menukar nama program ini dari Persembahan Kreatif Kokurikulum kepada Fiesta Kreatif @ KPM.

Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini. Terima Kasih

PENGENALAN

Persembahan Kreatif Kokurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia 2016 ini akan dilaksanakan dengan bermatlamat untuk memupuk perpaduan dan integrasi serta menyerlahkan kewibawaan murid melaksanakan tanggungjawab dan komitmen untuk menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia memperagakan hasil kegiatan kokurikulum kepada masyarakat.